Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Usd/Cad Minggu Ini (9-13 Disember)

54

Usd/Cad membuat penurunan mendadak sehingga 287 pip dalam sesi dagangan minggu lepas sehingga hampir membentuk candle bearish marubozu dalam time-frame weekly.

Terdapat dua faktor penting yang menyebabkan kejatuhan ini iaitu, minit mesyuarat FOMC dan faktor pengukuhan harga minyak global.

Seperti yang kita tahu, isi penting dalam minit mesyuarat FOMC minggu lalu tentang ketidaktentuan yang tinggi dalam ekonomi US banyak melemahkan US dolar berbanding matawang utama dunia yang lain.

Selain itu, sektor pembuatan juga mencatatkan peningkatan dengan (Canadian PMI manufacturing index) naik dari 51.5 kepada 51.8 pada Disember yang juga merupakan bacaan tertinggi sejak Julai lalu. Peningkatan ini banyak disumbangkan oleh kenaikan tempahan yang tertinggi sejak dua tahun lalu, dan peningkatan dalam pengeluaran sejak lima bulan lepas, berikutan suasana permintaan yang semakin baik.

Harga minyak global juga bergerak dengan lebih stabil dalam tempoh empat minggu yang lalu dengan kenaikan secara berperingakat, selepas kenaikan mendadak pada hujung November 2016. Kestabilan dalam harga minyak global sejak perjanjian OPEC juga telah banyak mengukuhkan matawang Loonie berbanding Greenback.

Minggu ini Usd/Cad dijangka akan digerakkan oleh data-data berikut:

  1. Stok minyak EIA (Crude Oil Inventories) Rabu 11.30 malam
  2. Tuntutan insurans pengangguran (Unemployment Claims) Khamis 9.30 malam
  3. Ucapan Janet Yellan, Jumaat 8.30 pagi
  4. Data jualan runcit US, Jumaat 9.30 malam
  5. Indeks keyakinan pengguna US, Jumaat 11 malam

Bagi pasangan matawang Usd/Cad kita akan memberi tumpuan kepada data stok minyak EIA di US dan data oleh Institut Petroleum America. Sebarang peningkatan stok dari US akan memberi tekanan kepada harga minyak global untuk menurun. Secara tidak langsung memberi impak kepada Loonie, kerana pendapatan yang semakin berkurang dari eksport minyak ke US.

Untuk rekod, Kanada mengeksport sebahagian besar hasil minyak dan gas ke US dan merupakan pengeksport terbesar, sebanyak 43% dari keseluruhan import minyak di US.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat