Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Usd/Jpy Minggu Ini (2-6 Disember)

38

Pasangan matawang Usd/Jpy membuat sedikit pembetulan harga (correction) minggu lalu selepas naik berterusan sejak pilihanraya presiden US. Walaupun Usd/Jpy ada menembusi support sebelum ini, tetapi masih kurang momentum untuk meneruskan perjalanan menurun.

US dolar pada minggu lalu melemah berbanding kebanyakan matawang utama yang lain, tetapi Yen dilihat kurang mendapat manfaat dari kelemahan US dolar.

Usd/Jpy pada awal tahun 2016 dibuka di atas 120.00 dan gagal meneruskan perjalanan di atas paras harga tersebut. Hal ini berikutan risiko politik di US yang mampu memberi kesan negatif kepada pegangan instrumen pelaburan dalam bentuk US dolar. Pasaran dilihat beralih kepada matawang safe-haven seperti Yen dalam tempoh awal 2016 sehingga Oktober kerana kebimbangan kepada risiko pilihanraya Presiden US.

Walau bagaimanapun, US dolar mendapat momentumnya semula selepas Trump memenangi undian, walaupun pada mulanya dilabel akan melemahkan ekonomi US kerana dasarnya. Tetapi semua ini berakhir selepas ucapan kemenangannya pada November lepas yang mengatakan akan melipatgandakan pertumbuhan ekonomi US dan juga janji perbelanjaan fiskal sehingga 1 trillion US dolar dan sejak itu, US dolar menguat berbanding Yen sehingga hari ini.

Minggu ini, pasaran akan memberikan tumpuan kepada data impak-tinggi dari US yang bakal menggerakkan Usd/Jpy seperti:

  • Indeks Sektor Pembuatan ISM (Selasa 11 pm)
  • Minit mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 am)
  • ADP-NFP (Khamis 9.15 pm)
  • Tuntutan Pengangguran (Jobless claims Khamis 9.30 pm)
  • Indeks Sektor Bukan-Pembuatan ISM (Khamis 11 pm)
  • Inventori minyak EIA (Jumaat 12 am)
  • Data NFP (Jumaat 9.30 pm)

Minit mesyuarat FOMC akan diberi tumpuan terlebih dahulu, untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut tentang polisi monetari semasa The Fed. Selain itu, kita perlu memberikan perhatian kepada sebarang komen dovish dari ahli FOMC dalam persekitaran hawkish The Fed ketika ini.

Beri tumpuan juga kepada penjelasan lanjut tentang pasaran pekerjaan US dan inflasi kerana dua perkara ini adalah data yang diberikan perhatian oleh The Fed selama ini. Sebarang komen risiko kepada dua data ini akan mengurangkan jangkaan kepada kenaikan kadar pada tahun ini dan akan menyebabkan The Fed menunggu lebih bukti dalam data sebelum menaikkan kadarnya.

Data seterusnya pada Jumaat, kita akan melihat pula berapakah data NFP yang akan dikeluarkan kali ini. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, data yang tidak menepati jangkaan pasaran mungkin tidak memberikan pergerakan yang begitu laju kepada Usd/Jpy, kecuali perubahan yang begitu besar dalam data yang diumumkan Jumaat ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat