Sentimen Pasaran Forex Dalam Sesi Eropah Hari Ini

77

Pasaran tukaran matawang (forex) menunjukkan pengukuhan matawang US dolar sejak empat hari sesi dagangan yang lepas seperti yang ditunjukkan dalam indeks US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain, naik lima daripada enam hari sesi dagangan yang lepas.

Pasangan matawang EUR/USD merekod kejatuhan sejak daripada empat sesi dagangan lepas. Dengan hari ini meneruskan penurunan. Kelemahan oleh EUR/USD lebih kepada faktor pengukuhan US dolar dan juga risiko politik Jerman selepas pilihanraya pada Ahad. Walaupun dengan jangkaan tapering, nampaknya pasaran ketika ini lebih tertumpu kepada US dolar yang dijangka akan menaikkan kadar faedah pada Disember.

Bagi pasangan matawang US dolar berbanding aset safe-haven Yen, Swissy dan emas, kita masih melihat kecenderungan masih ke bawah untuk pasangan matawang USD/JPY, USD/CHF dengan jangkaan positif terhadap polisi monetari dan fiskal Amerika Syarikat.

US dolar dilihat masih kuat ketika ini kecuali ada berita-berita negatif terhadap polisi fiskal atau risiko geopolitik Amerika Syarikat di masa hadapan.

  • Pasaran saham

Pasaran saham Eropah dibuka lebih tinggi pada hari ini sehingga mencapai paras tertinggi sepuluh minggu lalu yang disokong oleh sentimen yang semakin reda dan juga kelemahan matawang euro. Berikut merupakan pergerakan indeks saham Eropah setakat pukul 4.45 petang.

Euro STOXX 50 (Blue chips) : +0.62%
Indeks DAX (Jerman) : +0.47%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.15%
FTSE 100 (Britain) : +0.21%

Berikut adalah penutupan indeks saham utama Asia hari ini.

Nikkei 225 (Jepun) : -0.31% Tutup
KOSPI 200 (Korea Selatan) : -0.07% Tutup
ASX 200 (Australia) : -0.12% Tutup
NZX (New Zealand) : +0.33% Tutup

Berikut pula adalah pergerakan indeks hadapan Wallstreet setakat pukul 4.39 petang:

Dow Jones Futures : +0.06%
Nasdaq Futures: +0.24%
S&P 500 Futures: +0.14%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite (citarasa kepada risiko) para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

  • Pasaran Bon

Hasil bon Amerika Syarikat melonjak apabila pasaran melihat Yellen menyokong jangkaan kenaikan kadar faedah Fed tahun ini dalam ucapan beliau awal pagi tadi. Terdapat juga beberapa ahli Fed yang menyokong kenaikan kadar faedah tahun ini termasuk William Dudley. Kenaikan pasaran ekuiti juga menjadi sebab kepada kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat dengan pelabur lebih memilih kepada aset yang lebih berisiko seperti saham.

US-10Y Yield : +2.61%
US-5Y Yield : +2.63%
US-30Y Yield : +2.00%

German 10Y Yield : +11.71%
Perancis 10Y Yield : +7.72%
UK 10Y Yield : +2.93%

  • Pasaran Komoditi

Pasaran emas juga jatuh berikutan ketegangan dan risiko geopolitik di Korea Utara semakin reda, dengan tumpuan pada malam ini kepada pengumuman perubahan cukai US. Ketika ini pasaran bergerak positif terhadap US dolar, dengan pengumuman kerajaan US malam ini menunjukkan keseriusan Trump untuk membuat reformasi percukaian.

Emas  setakat pukul 5.03 petang jatuh sebanyak 0.75%.

Pasaran minyak mentah pula membuat sedikit kenaikan dalam sesi Rabu dengan pasaran melihat kejatuhan inventori minyak mentah US yang ditunjukkan data API adalah mengejutkan, kerana dengan penapisan minyak yang meningkat dalam masa yang sama.

Minyak mentah WTI: +0.12%
Minyak Brent: -0.07%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat