Sentimen Pasaran : Indeks ISM Melonjak Naik Mendorong Pengukuhan US Dolar!

404

Matawang safe have yen dan Swiss franc menyusut pada hari Selasa berikutan terdapat tanda-tanda bahawa Amerika Syarikat dan China semakin hampir dalam mementerai perjanjian perdagangan. Hal ini telah meningkatkan selera para pelabur untuk melabur dalam matawang yang berisiko.

Disisi lain, matawang yang berorientasikan dagangan temasuk matawang dolar Australia didagangkan kukuh dan matawang China kukuh kepada paras tertinggi 3 bulan lalu berbanding US dolar.

Bank Pusat China telah membuat keputusan untuk mengurangkan kadar pinjaman dan menggesa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghapuskan lebih banyak tarif yang dikenakan pada bulan September sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan fasa pertama.

Menurut salah satu sumber, prospek perjanjian A.S-China dan kemungkinan tarif A.S akan dibatalkan telah menyebabkan pasaran semakin optimis dan meningkatkan selera pelaburan.

Aktiviti perkhidmatan Amerika Syarikat PMI dilaporkan mencatat bacaan melebihi jangkaan. Indeks PMI tidak termasuk pembuatan ISM bagi A.S meningkat kepada bacaan 54.7 pada Oktober 2019 berbanding jangkaan pasaran yang mensasarkan pada bacaan 52.6.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.40% pada paras 97.762 setakat jam 11.35 p.m. Manakala matawang safe haven yen didagangkan susut berbanding US dolar dengan US dolar mengkuh berbanding yen kepada paras 109.12.

Selain itu, dolar Australia terus menunjukkan momentum pengukuhan sebagai mempunyai prestasi terbaik di kalangan matawang utama yang lain berikutan keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) yang mengekalkan kadar faedah pada paras terendah 0.75% hari ini.

Matawang Euro didagangkan susut sebanyak 0.48% kepada paras bacaan 1.1073 berbanding US dolar setakat jam 11.35 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat