Sentimen Pasaran Kewangan Global Setakat Malam Ini

60

 

US dolar mengukuh buat kali kedua dalam lapan sesi dagangan sebelum ini dengan menguat 0.2% berbanding enam matawang utama yang lain. Indeks US dolar kali terkahir didagang di sekitar 99.58.

Matawang greenback telah susut lebih dari 1.5% sejak minggu pertama April. Kerugian US dolar semakin meningkat selepas Perdana Menteri UK mengumumkan untuk mengadakan pilihanraya umum yang turut melonjakkan GBP (Great Britain Pound) ke paras tertinggi tujuh bulan lalu.

Dalam pasaran bon, hasil bon 10-tahun US berada di sekitar 2.21% selepas jatuh sehingga 2.165% yang merupakan paras terendah sejak 10 November.

Kini Gbp/Usd sedang didagang di sekitar 1.2836.

Dalam data-data ekonomi, harga pengguna (cpi) Zon-Eropah naik 1.5% dalam masa 12 bulan sehingga Mac 2017. Inflasi teras (core-cpi) pula naik 0.7% dari tahun ke tahun sejajar dengan bacaan sebelum ini.

Dari segi jangkaan kadar faedah The Fed, potensi kenaikan kadar pada Jun semakin berkurangan, berikutan kelemahan dalam data terbaru CPI Amerika Syarikat yang dikeluarkan minggu lalu.

Pasaran saham Amerika Syarikat dibuka lebih tinggi pada Rabu disokong oleh laporan pendapatan yang menggalakkan dari syarikat berprofail tinggi US seperti Morgan Stanley.

Harga komoditi perak susut pada Rabu diikuti dengan komiditi yang lain dengan para pelabur kini memberi tumpuan kepada data ekonomi dan pendapatan syarikat berprofail tinggi dunia di Amerika Syarikat.

Harga perak di pasaran hadapan jatuh lapan sen kepada $18.20 setakat pukul lapan malam tadi. Harga logam kelabu ini bergerak di sekitar $18.15 dan $18.33.

Logam kuning (emas) pula membaut sedikit pembetulan harga (correction) pada Rabu dengan harga kini didagang di sekitar $1284.33.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat