Sentimen Pasaran Minyak Mentah, Hubungan Qatar-Arab Saudi Impak Negatif Harga Minyak

90

Jumlah bekalan kekal menjadi kebimbangan dalam pasaran minyak mentah global, namun ketegangan yang melibatkan negara-negara Arab dan Qatar kini dijangka akan memberi impak buruk kepada pasaran komoditi hitam.

Data jumlah pelantar Baker Hughes yang terbaru meningkat pada minggu ke-20 berturut-turut dan kenaikan terbaru ini juga adalah merupakan yang tertinggi sejak tujuh minggu lalu. Hal ini menunjukkan kejatuhan harga minyak baru-baru ini tidak memberi kesan kepada aktiviti cari gali di US.

Harga minyak mentah global membuat pengukuhan dalam sesi Asia hari ini selepas negara-negara Arab termasuk Arab Saudi dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Minyak WTI mencapai paras tertinggi hari ini di $48.51 setong dan minyak Brent (Brent oil) di $50.79 setong.

Perkembangan terkini di Timur Tengah menunjukkan Arab Saudi dan beberapa negara lain memutuskan hubungan dengan Qatar yang didakwa menyokong keganasan dan memberi risiko kepada kestabilan di wilayah tersebut.

Kebimbangan terhadap peningkatan bekalan dari US akan menjadi halangan kepada usaha OPEC menyerap bekalan global yang semakin meningkat.

Selepas mencapai paras tertinggi pada sesi Asia, harga komoditi hitam meleset berterusan dan ketika ini minyak WTI didagang disekitar $47.17 setong. Hal ini berikutan tindakan memutuskan hubungan diplomatik dibimbangi akan mengganggu perjanjian OPEC yang melibatkan Qatar.

“Saya rasa ia sedikit menjadi perdebatan kepada impak sebenar terhadap pasaran minyak,” kata Oliver Jakob, ketua strategi pelaburan di Petromatrix.

“Dari segi aliran bekalan minyak, ia tidak akan berubah banyak tetapi impak geopolitik yang lebih besar harus diambil kira,” tambah Jakob, sambil menjelaskan hubungan yang terjejas antara Qatar dan Arab Saudi akan menjadikan perjanjian OPEC kurang berkesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat