Sentimen Pasaran Sesi Eropah : Euro Matawang Terkuat, Perang Dagang Reda

525

US dollar melemah dengan membuat penurunan dari paras tertinggi 11 bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Jumaat. Pasaran pada sesi Asia hari ini dilihat berani mengambil risiko dengan peningkatan yang dapat dilihat dalam indeks-indeks saham Asia.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.21% setakat pada pukul 3.27 petang.

Major pair EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.47% dengan GBP/USD naik 0.42%. USD/JPY setakat ini naik 0.14%, USD/CAD pula susut 0.16% dengan USD/CHF susut sebanyak 0.27%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kenaikan sebanyak 0.42% dan 0.52%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Euro dan NZD, manakala matawang paling lemah Yen. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/JPY dan NZD/JPY masing-masing naik sebanyak 0.74% dan 0.73%.

Sentimen pasaran pada sesi Asia hari Jumaat semakin pulih apabila pasaran saham Asia membuat kenaikan. Bukan itu sahaja, indeks saham Eropah juga dibuka lebih tinggi pada pukul 3 petang tadi. Indeks DAX di Jerman naik 0.30% setakat pada pukul 3.37 petang. Peningkatan indeks Asia dan Eropah pada Jumaat membuktikan sentimen terhadap perang dagang sedikit reda.

Hal ini mungkin disebabkan laporan Bloomberg yang mengatakan beberapa pegawai White House telah memulakan semula rundingan dengan China bagi mengelak daripada perang dagang yang lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat