Sentimen Pasaran yang Agak Suram Menjadi Punca Matawang Greenback Kehilangan Tenaga

52

US Dollar merosot lebih rendah berbanding Yen selepas pelabur mengambil kira peningkatan ketegangan geopolitik yang berlaku di Asia disamping prospek kenaikan kadar daripada Fed akhir bulan ini.

USD/JPY menjunam sebanyak 0.38 peratus pada 113.61, berlegar dari paras tertinggi yang dicatat pada Jumaat.

Permintaan bagi Yen dirangsang selepas Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu pada awal Isnin.

Dalam masa yang sama, US Dollar juga berundur dari paras tertinggi dalam tempoh lima minggu apabila pelabur telah mengambil keuntungan besar-besaran selepas Pengerusi Fed, Janet Yellen mengatakan Fed berpotensi untuk menaikkan kadar jika ekonomi kekal berada pada landasan yang betul.

Menurut Fed Rate Monitor Tool, kebanyakan pelabur meletakkan ramalan pada kadar 82 peratus untuk potensi kenaikan kadar pada mesyuarat yang akan diadakan pada 14 hingga 15 Mac ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai tidak berubah pada 101.32.

Perkembangan politik di Amerika Syarikat juga antara punca permintaan bagi US Dollar sedikit terjejas apabila Trump menuduh Barack Obama mengawasi panggilan telefon semasa kempen pilihanraya 2016.

Pelabur juga khuatir sekiranya isu itu lebih mendapat perhatian daripada isu-isu dasar ekonomi.

Dalam sesi ini, EUR/USD menjunam di bawah 1.0640 sementara pelabur terus memantau perkembangan dalam kempen pilhanraya di Perancis.

Sterling pula dicatat merosot dengan GBP/USD menurun sebanyak 0.29 peratus kepada 1.2267.

AS Tidak Seharusnya Mencampuri Dasar Fiskal dan Monetari Jepun : Akira Amari

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat