Sentimen Semasa Menjelang DATA PENTING Non-Farm Payroll

49

Pasaran tukaran matawang (forex) setakat ini menunjukkan pengukuhan US dolar sejak daripada sesi dagangan Khamis yang jelas dilihat dalam time-frame satu jam (H1). US dolar mengukuh semula pada Khamis berikutan komen hawkish oleh Fed Harker (pengundi FOMC).

Antara ahli Fed yang berucap semalam adalah Fed Harker, Fed Powell, Fed George yang merupakan pengundi dalam penetapan polisi monetari. Seorang lagi ahli Fed yang berucap adalah Fed Williams (bukan-pengundi). Biasanya pasaran akan fokus kepada ahli Fed (pengundi) kerana mereka berkuasa dalam menetapkan polisi monetari bank pusat Amerika Syarikat.

Dengan data-data yang positif dari Amerika Syarikat minggu ini termasuk, indeks PMI sektor pembuatan, indeks PMI sektor perkhidmatan, tuntutan pengangguran (Unemployment claims), data pekerjaan ADP-NFP menambah pengukuhan US dolar sejak Khamis menjelang pengumuman data NFP pada Jumaat pukul 8.30 malam.

Walaupun dengan bencana taufan Harvey dan Irma bulan lalu, data-data ekonomi masih positif pada September yang ditunjukkan oleh data sektor perkidmatan dan pembuatan. Data ADP-NFP yang dikeluarkan pada Rabu juga agak mengejutkan kerana melebihi jangkaan pasaran.

Data ADP-NFP yang positif menambah potensi kepada data jumlah pekerjaan yang positif untuk NFP kali ini walaupun pasaran menjangkakan hanya kenaikan 82,000 pekerjaan berbanding sebelum ini 156,000.

Namun, harus diingat data ADP-NFP untuk bulan-bulan yang lalu juga seringkali menunjukkan bacaan yang tidak sejajar dengan bacaan NFP. Sebab itu, sebagai retail-trader kita tidak boleh terlalu bergentung kepada bacaan-bacaan petunjuk seperti ADP-NFP untuk meramalkan NFP.

Walaupun dengan jangkaan yang positif ini, pasaran tetap akan meneliti bacaan Average Hourly Earnings atau secara mudahnya ‘kadar gaji’ pada Jumaat. Dengan pasaran menjangka kenaikan kadar gaji 0.3%, ia akan memberi kesan negatif kepada US dolar jika data sebenar malam ini meleset daripada jangkaan 0.3%.

Beriku pergerakan pasangan matawang utama dunia setakat pukul 5.44 petang

USDJPY: +0.18%
USDCHF: +0.09%
USDCAD: +0.15%
EURUSD: -0.09%
GBPUSD: -0.33%
AUDUSD: -0.31%
NZDUSD: -0.31%

Pasaran saham

Pasaran saham U.S ketika ini (5.41 pm) menunjukkan potensi dibuka rendah pada hari ini seperti yang ditunjukkan dalam pasaran hadapan Wallstreet.

Dow 30 Futures : -0.06%
Nasdaq Futures : +0.05%
S&P 500 Futures : -0.07%

Manakala indeks saham utama Eropah pula didagang positif secara keseluruhan setakat ini (5.42 pm).

Euro STOXX 50 (Blue chips) : -0.16%
Indeks DAX (Jerman) : +0.07%
Indeks CAC40 (Perancis) : -0.16%
FTSE 100 (Britain) : +0.10%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite (citarasa kepada risiko) para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

Pasaran Bon

Hasil-bon Amerika Syarikat secara keseluruhannya naik di awal pembukaan dagangan minggu ini. Berikut adalah perubahan hasil-bon dunia.

US-10Y Yield : +0.69%
US-5Y Yield : +0.84%
US-30Y Yield : +0.38%

German 10Y Yield : +5.52%
Perancis 10Y Yield : +3.03%
UK 10Y Yield : +0.65%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat