Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi New York

820

US dollar pada awal pembukaan sesi dagangan New York melonjak berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Selasa. Matawang greenback  ketika ini menguat berbanding Euro, GBP, dan Yen.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.21% setakat pada pukul 10.29 malam. Tidak banyak data penting yang dikeluarkan pada awal minggu ini dan pergerakan pasaran setakat ini lebih banyak dipengaruhi oleh sentimen perang perdagangan.

EUR/USD setakat ini telah jatuh sebanyak 0.31%, GBP/USD pula jatuh 0.04% dan USD/JPY menguat sebanyak 0.56%. Pengukuhan USD berbanding Yen telah bermula sejak daripada awal sesi Asia lagi dan berterusan awal sesi New York.

Walaupun tidak banyak data penting pada awal minggu ini, esok pada Rabu akan bermula pengumuman data-data ekonomi penting yang termasuk ADP-NFP dan data ISM sektor ekonomi Amerika Syarikat. Jumaat adalah tumpuan utama pasaran minggu ini dengan laporan data NFP.

Pergerakan pasaran setakat ini menunjukkan sentimen yang bercampur-campur oleh pasaran. Pada Isnin kita telah melihat kekuatan matawang US dollar dan ia sedikit lemah pada sesi awal hari Selasa. Namun, menjelang sesi New York matawang greenback menguat semula disebabkan tweet daripada Trump.

Bagi matawang AUD dan NZD yang turut mengaut keuntungan pada Selasa, kedua-dua matawang ini masih lagi kekal kukuh yang disokong oleh data sektor pembuatan Australia pagi tadi. Data PMI sektor pembuatan Australia adalah penyebab lonjakan matawang AUD sejak awal sesi Asia. Data merekodkan bacaan tertinggi 63.1 pada bulan lalu yang merupakan bacaan tertinggi sejak hampir 16 tahun lepas.

NZD/USD dan AUD/USD setakat ini masing-masing mencatat kenaikan 0.60% dan 0.20%.

Matawang Dolar Kanada (CAD) boleh dikatakan matawang paling kuat pada Selasa apabila terdapat laporan positif tentang NAFTA.  CAD meneruskan pengukuhannya pada Selasa dan setakat ini telah menyebabkan pair USD/CAD jatuh 0.74%

Matawang CAD juga dilihat mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. CAD/JPY setakat ini telah merekodkan kenaikan sehingga hampir 100 pip dengan GBP/CAD jatuh sehingga 111 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat