Sentimen Semasa Pasaran Forex : Yen Kekal Matawang Terkuat, GBP Paling Lemah

557

Matawang Euro dan Sterling (GBP) ketika ini hampir dengan paras terendah lima bulan yang lalu selepas tertekan disebabkan data-data ekonomi yang meleset daripada jangkaan pasaran. Pasaran ketika ini sedang menunggu isyarat terbaru yang akan diberikan oleh The Federal Reserve dalam minit mesyuarat yang akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi Khamis.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik sehingga 0.45% setakat pada pukul 8.44 malam.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.65% dengan GBP/USD jatuh sebanyak 0.86%. USD/JPY pula susut 0.86%, USD/CAD naik 0.69% dengan USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.10%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan sebanyak 0.50% dan 0.58%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen, manakala matawang paling lemah adalah GBP dan CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY dan GBP/JPY masing-masing merekodkan kejatuhan yang besar sebanyak 150 pip (1.57%) dan 300 pip (1.69%).

Kekuatan matawang Yen berterusan sejak sesi Asia sehingga menjelang pembukaan sesi New York dengan pasaran masih bimbang dengan perkembangan rundingan dagangan AS-China. Selain itu, satu perkara lagi yang memburukkan sentimen adalah isu Korea Utara di mana Trump berkata terdapat peluang yang besar rundingan beliau dengan Kim Jong Un tidak akan berlaku pada 12 Jun.

Matawang CAD pula tertekan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dengan kebimbangan pasaran terhadap rundingan NAFTA masih berlanjutan. Harga minyak mentah jatuh pada Rabu selepas laporan bahawa OPEC berkemungkinan akan meningkatkan pengeluaran seawal Jun. Kebimbangan terhadap isu bekalan dari Iran dan Venezuela menimbulkan spekulasi bahawa OPEC berkemungkinan meningkatkan pengeluarannya, menurut Reuters.

Akhir sekali, kejatuhan matawang Euro dan GBP masing-masing disebabkan oleh data yang meleset daripada jangkaan pada pasaran petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat