Sentimen Semasa Pasaran Global: Potensi Tindakan Selanjutnya Kepada Syria dan Korea Utara

56

Kebimbangan terhadap risiko geopolitik terus memberi kesan kepada sentimen pelabur dalam pasaran saham Asia yang majoritinya didagang rendah. Sentimen ini juga dapat dilihat dalam pasaran forex dengan Yen sebagai matawang yang mendapat faedah di mana Usd/Jpy kini didagang di bawah paras 111.00.

Pasaran saham Asia didagang rendah berikutan potensi yang akan berlaku di masa hadapan kepada Syria dan Korea Utara. Korea Utara pula berikrar akan bertindak balas terhadap AS yang mengerahkan pasukan tenteranya ke Semenanjung Korea.

Risiko ini telah menyebabkan aliran modal ke dalam instrumen ‘safe haven‘ (safe-haven flow). Dengan penguatan Yen, dagangan Nikkei 225 hari ini susut sebanyak 0.6%. JGP (Japanese Government Bond) Bon kerajaan Jepun mendapat sokongan dengan hasil bon 10-tahun berada di bawah 0.05% yang merupakan paras terendah sejak Januari 2017.

Komoditi emas naik 0.1% dalam sesi Asia, di mana bahan api seperti WTI dan Brent masih belum mendapat sokongan ketika ini didagang di sekitar penutup harga sesi Isnin.

Jurucakap White House Sean Spicer melihat potensi tindakan seterusnya kepada Syria. China dan Korea Selatan juga telah bersetuju untuk meletakkan sekatan terbaru kepada Korea Utara jika mereka terus menjalankan ujian senjata nuklear.

Bon jangka panjang AS (US Treasuries) ditutup di paras kukuh di mana bon 10-tahun naik ke paras 124.29.

Pengerusi The Fed Janet Yellen menyatakan pendirian bahawa adalah baik jika bank pusat menaikkan kadar secara beransur-ansur jika ekonomi terus berjalan dengan baik. Yellen juga menyatakan pertumbuhan ekonomi dijangka di bawah 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat