Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

32

Pasaran saham Asia didagang bercampur-campur dalam sesi hari ini dan gagal mengikut prestasi positif di Wallstreet. ASX 200 naik 0.2% dan Nikkei naik 0.1% dipacu oleh Nasdaq dan S&P 500 yang mencapai paras tertinggi.

Walaubagaimanapun, Nikkei 225 gagal mencapai paras 20,000 berikutan pasaran China merekod prestasi negatif dengan Shanghai komposit susut 0.3% dan begitu juga dengan HangSeng.

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), Usd/Jpy didagang turun-naik (volatile) yang jelas dilihat dalam time-frame satu jam. Yen juga mendapat sedikit sokongan berikutan aliran modal ke dalam matawang ‘safe haven‘.

Indeks US dolar masih lagi bergerak di bawah paras 99.00 dengan dolar Australia didagang tidak banyak berubah selepas minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) dikeluarkan pagi tadi.

Minit mesyuarat RBA pada 2 Mei yang lalu menyatakan bank pusat melihat kadar faedah semasa adalah konsisten bagi mencapai sasaran inflasi dan pertumbuhan yang kukuh. Minit tersebut juga menyatakan kemajuan dalam pasaran buruh dan pasaran perumahan akan menyokong GDP naik di atas paras 3% pada separuh pertama tahun 2018.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah dunia WTI melonjak dan menguji paras $49 setong selepas pasaran ini mendapat momentum dari sentimen positif antara Arab Saudi dan Rusia yang bersetuju melanjutkan pemotongan bekalan minyak mentah.

Pasaran emas pula naik 0.4% di mana sentimen pelabur semakin merosot berikutan perkembangan politik di US.

Di US, US Dollar melemah dalam dagangan sesi Asia pada Selasa disebabkan oleh kontroversi terbaru yang melibatkan pentadbiran Trump apabila didakwa telah memberikan diplomat Russia maklumat rahsia mengenai sumber perisikan Timur Tengah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat