Sentimen Semasa Pasaran Global Yang Trader Mesti Tahu

45

Pasaran saham Asia mengikuti jejak langlah Wallstreet yang gagal mendapat momentum dari perancangan cukai terbaru Presdien Trump.

Fokus juga terarah kepada dolar Kanada dan Peso Mexico yang menguat selepas Trump bersetuju tidak akan keluar dari perjanjian NAFTA pada masa ini.

Tumpuan pasaran hari ini akan terarah kepada penetapan polisi monetari oleh ECB (European Central Bank) bank pusat Eropah.

Selepas kecewa dengan pengumuman perancangan cukai US semalam, Wallstreet ditutup lebih rendah dalam sesi dagangan Rabu dengan Dow Jones susut 0.10%. Ini diikuti dengan prestasi kurang memberangsangkan di Asia dengan Nikkei 225 susut 0.2%, ASX200 naik 0.2%. Shanghai komposit dan Hang Seng masing-masing susut 0.4% dan 0.1%.

Bank pusat Jepun pula mengekalkan polisinya dengan program QQE masih fokus kepada pengawalan hasil bon dan kadar 0.01%. Namun, bank pusat menaikkan ramalan pertumbuhan ekonominya dan menyatakan ekonomi Jepun menuju kepada pengembangan ekonomi sederhana.

Dolar Kanada dan Peso Mexico mendapat keuntungan selepas US bersetuju untuk tidak keluar dari perjanjian NAFTA buat masa ini selepas perbualan bersama Presiden Mexico dan PM Kanada.

Dalam pasaran komoditi, emas kini didagang susut 0.2% berikutan penguatan US dolar dalam sesi dagangan Rabu. Manakala minyak mentah global kembali didagang di bawah $50 setong selepas mencapai paras tertinggi semalam di $50.24.

Pasaran hari ini akan memberi perhatian kepada pengumuman kadar oleh ECB pukul 7.45 malam dan diikuti dengan sidang media pukul 8.30 malam ini. Pasaran menjangkakan tiada sebarang perubahan dalam polisi dan akan memberi perhatian kepada nada komen Draghi dalam sidang media.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat