Sentimen Semasa Pasaran Kewangan Global Setakat Malam Ini

31

Logam berharga (emas) pulih daripada kejatuhan ke paras terendah lapan minggu lalu pada Rabu dengan hasil bon kini bergerak lebih rendah di mana Usd/Jpy susut berikutan risiko politik di US.

Kombinasi antara hasil bon US yang tinggi, penguatan US dolar dan pengukuhan ‘risk appetite‘ (citarasa kepada risiko) telah meletakkan harga emas lebih rendah dalam sesi Selasa.

Pasaran ekuiti US terus mencapai paras tertinggi di mana emas jatuh ke paras terendah lapan minggu berhampiran 1215.00 sebelum mendapat sokongan yang kuat di sekitar harga tersebut.

Emas memulih dalam lewat sesi US pada Selasa selepas duta Korea Utara ke UK mengatakan akan ada lagi ujian peluru berpandu nuklear dan juga mengancam untuk menyerang aset ketenteraan US. Hal ini menyebabkan Usd/Jpy jatuh di bawah paras 114.00.

Tidak lupa juga drama politik di US apabila Presiden Trump memecat Pengarah FBI James Comey. Terdapat kebimbangan terhadap ketegangan antara pentadbiran US dan Kongres yang akan berlarutan seterusnya memberi kesan kepada reformasi ekonomi dan juga tertangguhnya perubahan cukai.

US dolar masih gagal mendapat sokongan sehingga ketika ini di mana indeks US dolar didagang di sekitar 99.56 walaupun paras terendah hari ini adalah 99.36.

Hasil bon di Eropah menyusut dalam sesi Eropah pada Rabu apabila Presiden Draghi masih mengekalkan nada komennya seperti sebelum ini di mana ECB masih memerlukan darjah rangsangan monetari yang besar bagi menyokong ekonomi. Selain itu, tidak terdapat sebarang perubahan dalam panduan yang diberikan oleh beliau sebentar tadi.

Risiko politik US akan terus diperhatikan dengan teliti dalam jangka pendek dan juga komen-komen dari bank pusat khususnya penetapan oleh RBNZ dan BoE pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat