Sentimen Semasa Pasaran Kewangan Global Setakat Malam Ini

59

US dolar mengekalkan pengukuhannya pada Selasa yang terus menekan emas. Walaupun emas membuat pembetulan harga, tetapi ia masih dilihat begitu terhad yang hanya mencapai level fibo 23.6.

Harga emas kekal di bawah tekanan sejak jatuh dari paras tertinggi awal Jun lalu. Pada Isnin harga komoditi berharga ini susut berikutan kombinasi antara pengukuhan US dolar dan peningkatan hasil-bon ditambah lagi dengan keuntungan yang dicatat dalam pasaran ekuiti yang membawa emas ke paras terendah tujuh minggu lalu.

Apa yang membantu pembetulan harga (correction) emas pada hari ini adalah disebabkan oleh ujian peluru berpandu Korea Utara yang disasarkan ke kawasan perairan Jepun. Hal ini memberi ketidaktentuan dalam pasaran Asia apabila majoriti indeks saham utama Asia merosot pada Selasa.

US dolar secara keseluruhan mengekalkan pengukuhan yang mengurangkan sokongan kepada emas di mana Usd/Jpy mendapat semula momentum selepas jatuh ke paras terendah hari ini di 112.73.

Pembetulan harga ke bawah (correction lower) oleh hasil-bon US dengan sedikit kemerosotan dalam pasaran ekuiti masih gagal menyokong pengukuhan emas yang berterusan pada awal sesi dagangan Selasa.

Peningkatan dalam harga adalah terhad disebabkan permintaan emas yang semakin berkurangan, khususnya dengan bukti pelabur jangka panjang yang keluar daripada pegangan komoditi ini.

Keadaan dagangan dilihat akan bergerak perlahan hari ini dengan penutupan pasaran US sempena hari kemerdekaan. Kita dijangka akan melihat pergerakan besar menjelang Rabu dalam sesi US apabila minit mesyuarat FOMC dikeluarkan dan seterusnya pada Jumaat dengan laporan NFP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat