Sentimen Semasa Pasaran Kewangan Global Setakat Petang Ini

38

Pasaran saham Asia didagang lebih tinggi hari ini berikutan prestasi positif Nikkei 225 yang turut disokong oleh data perdagangan Jepun yang memberangsangkan.

Dolar New Zeland (NZD) melonjak dalam awal sesi Asia berbanding matawang utama yang lain selepas data harga pengguna (CPI) negara itu mencatat data positif.

Hari ini pasaran akan memberi perhatian kepada data pekerjaan mingguan US, Indeks Philly Fed, ucapan Fed Powell, Rosengren dan Gabenor Carney.

Dalam sesi Asia pasaran saham didagang lebih baik hari ini mengenepikan kesan dari prestasi negatif di Wallstreet. ASX 200 (+0.3%) dengan pengukuhan dalam sektor kewangan mengatasi kelemahan dalam harga komoditi di mana Nikkei (+0.4%) disokong oleh perkembangan Toshiba yang positif dan data perdagangan Jepun yang membaiki sentimen pelabur.

Di Eropah, tinjauan terkini pilihanraya Perancis menunjukkan Macron mendapat undian 25%, Le Pen 22%, Fillon 19% dan Melenchon 19%. Manakala dalam pusingan kedua Macron dijangka menewaskan Le Pen dengan undian 66%, Macron kalahkan Fillon dengan 58% manakala Macron kalahkan Melenchon sebanyak 60%.

Ahli ECB Villeroy menyatakan bahawa kadar faedah negatif ada hadnya dan polisi semasa dilihat bersesuaian.

Dalam pasaran Forex, NZD banyak disokong oleh data positif harga pengguna yang melebihi jangkaan pasaran yang menjadikan beberapa penganalisis melihat kenaikan kadar oleh RBNZ (bank pusat) dalam masa terdekat.

Dalam pasaran komoditi, WTI (west texas intermediate) kembali ke sekitar $51.00 setong walaupun data EIA semalam mencatat pengurangan bekalan. Emas pula susut (-0.1%) berikutan sentimen pasaran yang semakin baik dengan US dolar mendapat sedikit keuntungan. Kuprum (copper) juga mendapat tempias dari penurunan harga keseluruhan komoditi.

Di Amerika Syarikat, Fed Rosengren menyokong tiga kali lagi kenaikan kadar tahun ini. Beliau bukan pengundi dalam penetapan polisi monetari The Fed dan juga antara yang ‘hawkish‘ mengatakan The Fed akan mengurangkan penyata imbangannya dalam masa terdekat.

Fischer Naib Pengerusi The Fed pula seorang pengundi polisi dan bersifat agak dovish menyatakan kenaikan beransur-ansur kadar faedah akan mengurangkan kesannya kepada negara luar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat