Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

50

US dolar bergerak lebih rendah pada Isnin selepas merekod kenaikan mendadak dalam sesi dagangan sebelum ini. Pasaran ketika ini menumpukan perhatian kepada data inflasi yang akan dikeluarkan pada Jumaat bagi menentukan sama ada US dolar boleh mengukuh dalam jangka masa yang lebih lama atau sebaliknya.

Indeks US dolar ketika ini berada di sekitar 93.28 susut 0.10% setakat pukul 5.04 petang. Lonjakan oleh indeks yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama pada Jumaat adalah kenaikan terbesar dalam masa sehari sejak May 2016.

US dolar sebelum ini jatuh ke paras terendah 15 bulan lalu apabila dihentam oleh faktor ketidaktentuan polisi, politik dan geopolitik. Selain itu, faktor ketidaktentuan kenaikan kadar faedah juga menjadi faktor utama kepada kelemahan US dolar sejak awal tahun ini.

US dolar memulih dengan mendadak dari paras terendah disokong oleh bacaan data pekerjaan US yang dilihat secara keseluruhannya adalah positif.

“Persoalan utama bagi pasaran bon ketika ini adalah sama ada kemelesetan data inflasi beberapa bulan lalu hanyalah sementara atau sebaliknya,” kata Viraj Patel ketua strategi tukaran matawang di ING London.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar setakat pukul 5.20 petang sehingga memadam lebih 50% kejatuhan EURUSD pada Jumaat.

Minggu ini komen-komen oleh ahli The Fed akan diekori secara rapat dengan beberapa ahli FOMC yang mengundi penetapan kadar faedah akan berucap sepanjang minggu ini termasuk Kashkari, Kaplan dan Dudley.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat