Sentimen Terkini Matawang Euro Setakat Pada Awal Dagangan Minggu Ini

534

Matawang Euro adalah matawang ketiga paling banyak mencatat kerugian pada minggu lalu dengan hanya merekod kenaikan berbanding matawang NZD dan GBP. Euro bermula dengan lemah pada Isnin lalu yang disebabkan oleh pengukuhan matawang US dollar.

Selepas daripada itu, bermula pada Selasa Euro didagangkan bercampur-campur menjelang penetapan polisi monetari ECB pada Khamis.

Jika melihat kepada data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh Zon Eropah, sememangnya bacaan tidak banyak membantu matawang Euro. Bermula dengan data PMI pada Isnin yang kurang memberangsangkan di mana data PMI sektor pembuatan meleset daripada jangkaan. Ia sekaligus menyebabkan matawang Euro tertekan pada Isnin.

Walaupun Euro dilihat menguat berbanding NZD dan GBP, ia hanyalah disebabkan kelemahan kedua-dua matawang itu.

Penetapan polisi monetari ECB pada Khamis juga tidak banyak menyokong matawang Euro. Mario Draghi menunjukkan keyakinan beliau terhadap keadaan ekonomi semasa dengan mengatakan kekuatan ekonomi Zon-Eropah akan terus mendorong inflasi ke paras sasaran 2% dalam jangka masa sederhana.

Menurut Draghi risiko kepada ekonomi di Eropah adalah seimbang secara keseluruhan. Walaubagaimanapun beliau mengatakan risiko berkait dengan faktor global dan ancaman terhadap protectionisme oleh AS adalah perkara penting untuk diteliti.

Tidak banyak isyarat yang diberikan oleh Draghi tentang perubahan polisi monetari di masa akan datang. Beliau mengulangi bahawa inflasi kekal terhalang untuk naik dan belum menunjukkan tanda kenaikan yang kukuh.

Draghi juga menjelaskan bahawa tiada perbincangan tentang mesyuarat pada bulan Jun. Matawang Euro mula jatuh selepas komen ini, di mana sebelum ini pasaran menjangka ECB akan membincangkan perancangan polisi akan datang pada mesyuarat tersebut. Ini sedikit mengecewakan apabila Draghi mengatakan mereka tidak mebincangkan tentang apa yang perlu dibincangkankan pada mesyuarat Jun.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat