Sentimen Terkini Pasaran Forex : Aset Safe-Haven Terkuat Pada Sesi New York

389

Matawang US dollar ketika ini melemah yang jelas dilihat pada indeks US dollar. US dollar jatuh selepas mencapai paras tertinggi 2018 berikutan kebimbangan pasaran terhadap isu perdagangan AS-China, khususnya selepas arahan Trump supaya import kereta disiasat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.27% setakat pada pukul 8.52 malam. Indeks ini naik sehingga ke paras 94.00 buat pertama kali tahun ini pada sesi New York semalam.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.29% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.38%. USD/JPY pula susut 0.37%, USD/CAD naik 0.36% dengan USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.54%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.04% dan 0.07%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CHF dan Yen manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY jatuh sehingga 0.71% dan CHF/JPY jatuh 0.86% setakat pda pukul 8.56 malam.

Aset safe-haven seperti CHF, Yen dan emas membuat kenaikan dengan sentimen pasaran yang kurang baik disebabkan kebimbangan pasaran terhadap isu perdagangan AS-China. Berita terbaru yang memburukkan isu perdagangan global adalah gesaan presiden Trump untuk menaikkan cukai import kereta dan alat ganti sebanyak 25%.

Pada mulanya hari ini, pasaran yang dibuka pada sesi Asia disajikan dengan berita bahawa Trump mahu tindakan siasatan terhadap import automobil. Kini, dalam sesi Eropah menjelang pembukaan sesi New York kita mendapat berita bahawa Trump mahu mengenakan cukai import automobil sehingga 25%. Perkara-perkara ini lah yang menyebabkan peralihan pasaran kepada safe-haven kerana kebimbangan mereka terhadap perang perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat