Sentimen Terkini Pasaran Forex, Emas, Ekuiti, dan Bon Global

106

Pemulihan dari US dolar dan sentimen yang semakin baik dalam pasaran global telah mengurangkan sokongan kepada komoditi emas.

Data terbaru indeks keyakinan pengguna yang dikeluarkan pada Selasa mengukuh lebih dari jangkaan ke paras tertinggi 16 tahun lepas.

Data tersebut telah menyokong Usd/Jpy sejak semalam naik dari 110.16 ke paras tertinggi 111.30, dalam masa yang sama hasil bon 10-tahun Amerika Syarikat naik di atas paras 2.40%.

Naib Pengerusi Federal Reserve, Fischer menyatakan bahawa dua lagi kenaikan kadar tahun ini nampak bersesuaian. Beliau juga menyatakan FOMC telah memasukkan sedikit rangsangan fiskal dalam pengiraan mereka dan sedang memerhatikan polisi fiskal secara rapat.

Kombinasi dapat dilihat dengan kenaikan hasil bon di sekitar 2.42% dan juga tekanan ke atas harga emas dalam sesi dagangan Rabu.

Citarasa kepada risiko (Risk- Appetite) dilihat semakin pulih dalam sesi hari ini dengan kenaikan pasaran ekuiti AS yang turut memberi tekanan kepada emas.

Di Eropah tajuk-tajuk berita hari ini banyak memperkatakan tentang Artikel 50 yang dicetuskan secara rasmi sebentar tadi. Selepas Gbp/Usd menjunam sejak sesi Selasa sehingga sesi Asia hari ini, Pound dilihat menguat semula dalam sesi Eropah menjelang bermulanya proses rasmi Brexit pukul 8 malam tadi.

Harga minyak mentah global mencapai paras tertinggi berikutan gangguan bekalan di Libya. Keyakinan juga menyelubungi pasaran ini dengan pelanjutan pemotongan bekalan selepas Jun oleh OPEC. Data API yang dikeluarkan pagi tadi menunjukkan peningkatan bekalan 1.9 juta tong pada minggu berakhir 24 Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat