Sentimen Terkini Pasaran Forex Menjelang New York Open

553

US dollar meneruskan kenaikannya pada Khamis dengan matawang Yuan jatuh ke paras terendah setahun yang lalu. Sentimen ketika ini dilihat lebih memihak kepada matawang greenback.

Bank pusat China (Pboc) menggalakkan bank-bank untuk meningkatkan pinjaman kepada syarikat. Hal ini dilihat sebagai salah satu tindakan pelonggaran polisi monetari walaupun tiada berita rasmi tentang perkara ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan sehingga 0.56% setakat pada pukul 8.45 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.48% di mana GBP/USD jatuh sebanyak 0.77%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.21%, USD/CAD naik 0.69% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.46%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing membuat junaman sebanyak 0.91% dan penurunan sebanyak 1.07% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah USD dan matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang NZD/USD adalah pair yang paling banyak berubah dengan jatuh sebanyak 1.07%.

Antara matawang yang paling banyak membuat penurunan adalah matawang GBP di mana ia sekali lagi berhadapan dengan data yang kurang memberangsangkan pada Khamis. Selepas daripada data inflasi yang meleset, kini data jualan runcit pula jauh meleset daripada jangkaan pasaran sekaligus menyebabkan kejatuhan Sterling.

Pasaran komoditi, khususnya minyak mentah dunia telah memadamkan kenaikan pada Rabu. Hal ini disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan inventori dan juga peningkatan bekalan daripada negara pengeluar OPEC.

Majoriti penganalisis melihat faktor utama kenaikan US dollar adalah Jerome Powell, selepas beliau memberi keterangan di Kongres pada Selasa dan Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat