Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Dagangan Minggu Ini

658

Matawang Euro dan Sterling bergerak ke bawah berbanding US dollar pada Isnin dengan pasaran sedang menunggu perkembangan dalam rundingan Brexit dan juga rancangan bajet kerajaan Itali.

Kedua-dua matawang Euro dan GBP menguat pada akhir dagangan minggu lalu selepas membuat kejatuhan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.04% setakat pada pukul 9.55 pagi

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.08%, di mana GBP/USD didagang merosot 0.19%. USD/JPY pula susut 0.02%, dengan USD/CAD didagang 0.03% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang meningkat 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.22 dan 0.12% setakat ini.

“Pergerakan Euro dan GBP mungkin akan semakin sensitif kepada faktor geopolitik seperti isu bajet Itali dan Brexit,” demikian kata penganalisis pasaran di CMC Markets, Jonathen Chen.

Suruhanjaya Eropah pada Khamis telah mengutus surat kepada Itali dengan mengatakan rancangan bajet Itali melanggar peraturan fiskal Kesatuan Eropah. Itali ketika ini, hanya ada sehingga Isnin untuk menjelaskan perkara itu kepada Suruhanjaya atau rancangan bajet itu tidak akan diluluskan.

Sterling (GBP) membuat kenaikan pada Jumaat selepas berita oleh Bloomberg yang melaporkan perdana menteri Theresa May sudah bersedia untuk menggugurkan permintaan penting dalam rundingan untuk mencapai kesepakatan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Brexit UK, Dominic Raab berkata pada Ahad bahawa Britain terbuka untuk melanjutkan tempoh peralihan Brexit.

Dollar Kanada (CAD) antara matawang yang paling banyak bergerak pada Jumaat apabila data inflasi jauh meleset daripada jangkaan. CAD melemah berbanding majoriti matawang utama dunia selepas data ini dikeluarkan pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat