Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Dagangan Minggu Ini

712

US dollar bermula lemah pada Isnin dengan pelabur sedang menunggu sama ada China akan membenarkan Yuan melemah di mana tindakan seperti itu akan menyebabkan matawang pasaran baru membangun (emerging market) terus tertekan.

Pergerakan agak terhad dengan cuti umum di Jepun dan pasaran bon Amerika Syarikat yang ditutup. Apa yang banyak menggerakkan matawang greenback pada minggu lalu adalah pergerakan di pasaran bon berbanding faktor-faktor lain dengan hasil-bon 10 tahun AS naik ke paras tertinggi.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.05% setakat pada pukul 10.04 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.06%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.02%. USD/JPY pula naik sebanyak 0.11%, dengan USD/CAD didagang 0.11% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang tinggi 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.04% dan penurunan 0.17%.

Tumpuan pada minggu lalu iaitu data pekerjaan NFP dinilai sebagai bercampur-campur tetapi cenderung kepada positif dengan kadar pengangguran mencapai paras terendah hampir 50 tahun yang lalu.

Data NFP mencatat tambahan pekerjaan sebanyak 134,000 pada bulan September jauh kurang daripada jangkaan tambahan sebanyak 185,000 pekerjaan dengan kadar gaji (Average Earnings) merekodkan bacaan sejajar dengan jangkaan pasaran.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) meningkat 0.3% menepati jangkaan pasaran.

Manakala satu lagi data iaitu kadar pengangguran pula merekodkan bacaan 3.7% semakin baik berbanding bulan-bulan yang lalu di mana bacaan mencapai paras terendah hampir 50 tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat