Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

415

US dollar jatuh dari paras tertinggi pada Rabu berbanding matawang-matawang utama yang lain selepas merekod kenaikan terbesar pada minggu lalu. Amerika Syarikat dan China dijangka akan memulakan rundingan dagangan di Beijing dengan tumpuan juga tertumpu kepada penetapan polisi The Fed pada Khamis.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.11% setakat pada pukul 2.53 petang.

Major pair EUR/USD naik 0.15% dengan GBP/USD hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.01%. USD/JPY pula jatuh 0.02%, USD/CAD jatuh 0.25% dan USD/CHF jatuh 0.15%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.31% dan 0.26% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD, manakala matawang paling lemah adalah GBP. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/AUD jatuh sebanyak 0.31% setakat pada pukul 3 petang.

Matawang komoditi AUD, NZD dan CAD mengukuh ketika ini menjelang bermulanya rundingan perdagangan AS-China dengan pasaran mempunyai harapan tinggi terhadap rundingan ini. Pasaran melihat rundingan antara kedua-dua negara mengurangkan risiko ‘perang perdagangan’ yang menjadi kebimbangan pasaran sejak dua bulan yang lepas.

Dengan sentimen positif rundingan dengan China, pasaran komoditi global membuat kenaikan dengan minyak mentah, emas, kuprum, biji besi semua didagangkan positif ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat