Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Isnin

610

Keyakinan pelabur semakin meningkat pada Isnin berikutan ketegangan perdagangan yang semakin berkurangan antara AS-China dengan pasaran akan meneliti rundingan kedua-dua negara pada minggu ini.

Minggu lalu kita telah melihat bagaimana ketegangan geopolitik antara AS dan Turki telah menyebabkan Lira jatuh menjunam. Ia sekaligus telah mencetuskan kebimbangan terhadap negara baru membangun (emerging market) yang dapat dilihat dengan kejatuhan matawang.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.07% setakat pada pukul 9.39 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.08%, di mana GBP/USD merekodkan kejatuhan 0.07%. USD/JPY pula hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.03%, USD/CAD didagangkan meningkat 0.03%. USD/CHF pula jatuh 0.13%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.18% setakat ini.

“Rundingan AS-China bukanlah melibatkan pegawai peringkat tertinggi dan ia dijangka tidak memberi kesan dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, pasaran berharap ia akan membuka jalan kepada rundingan peringkat tertinggi,” demikian kata Yukio Ishizuki, strategist matawang di Daiwa Securities.

Dalam perkembangan lain, Lira Turki telah membuat pemulihan tiga hari berturut-turut pada Jumaat selepas jatuh menjunam berbanding US dollar. Isu yang menyebabkan serangan ekonomi oleh Amerika adalah tindakan Turki menahan Pastor Brunson yang dituduh terlibat dalam aktiviti keganasan.

Matawang Euro yang jatuh ke paras terendah 13-bulan yang lalu disebabkan krisis Turki adalah berikutan kebimbangan terhadap perbankan Eropah. Bank Pusat Eropah (ECB) bimbang dengan risiko yang dihadapi oleh bank yang memberi pinjaman kepada Turki.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat