Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Rabu

472

US dollar tidak banyak berubah berbanding enam matawang utama pada sesi Asia hari Rabu, tetapi menguat berbanding Yen dengan sentimen pasaran sedikit pulih selepas pengumuman pendapatan di Wallstreet yang memberangsangkan.

Ketiga-tiga indeks utama Wallstreet membuat kenaikan lebih daripada dua peratus selepas kaunter-kauntrer blue-chip merekodkan pendapatan yang kukuh pada suku ketiga. Ia sekaligus menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat yang kekal kukuh walaupun dengan pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve.

Data pada Selasa juga menunjukkan bacaan pengeluaran perindustrian yang meningkat empat bulan berturut-turut pada September.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar dengan hanya naik 0.07% setakat pada pukul 10.07 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.03%, di mana GBP/USD didagang meleset 0.02%. USD/JPY pula naik 0.11%, dengan USD/CAD didagang 0.15% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang meningkat 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.13% dan kenaikan 0.23% setakat ini.

Matawang US dollar menguat sehingga 0.11% berbanding Yen pada awal sesi Rabu. Sebelum ini Yen menguat tujuh daripada lapan sesi dagangan pada Selasa dan mencapai paras tertinggi sebulan yang lepas pada Isnin.

Kejatuhan pasaran saham global telah menyokong kenaikan Yen sebelum ini. Jangkaan untuk Yen dalam jangka pendek banyak bergantung kepada keadaan semasa pasaran saham global, sama ada kenaikan Wallstreet pada Selasa akan berterusan atau sebaliknya.

Pasaran ketika ini juga sedang menunggu maklumat lanjut tentang halatuju dasar monetari The Fed dalam melihat bias pergerakan US dollar. Minit mesyuarat FOMC akan dikeluarkan pada Khamis pukul 2 pagi dan pelabur akan meneliti seberapa pantas kadar faedah akan dinaikkan selepas ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat