Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Eropah
Matawang US dollar bergerak di sekitar paras tertinggi lima bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain. Peningkatan US dollar pada minggu ini banyak dipacu oleh kenaikan Hasil-Bon Amerika Syarikat yang merekodkan kenaikan empat hari berturut-turut sehingga Khamis.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.09% setakat pada pukul 3.31 petang.
Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.18% dengan GBP/USD susut sebanyak 0.06%. USD/JPY pula naik 0.09%, USD/CAD naik 0.05% dengan USD/CHF susut 0.19%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.11% dan 0.38%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD, manakala matawang paling lemah adalah Yen dan CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY naik 0.38% dengan pair NZD/CAD naik sebanyak 0.44% setakat pada pukul 3.35 petang.
Matawang NZD dan AUD menjadi antara matawang yang terkuat pada Jumaat dengan US dollar kini sedikit melemah apabila momentum kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat semakin berkurangan.
Yen dan CAD pula menjadi antara matawang paling lemah. Data inflasi CPI Jepun yang dikeluarkan pada pagi tadi hanya meningkat 0.7%, jauh lebih rendah daripada sasaran 2%.
Wakil perunding dagangan AS Robert Lighthizer menunjukkan banyak perbezaan dari segi apa yang dimahukan oleh negara-negara yang berunding dan mengatakan, “Negara NAFTA masih jauh daripada perjanjian.” Ini sekaligus memberi kesan negatif kepada Kanada dan juga dollar Kanada (CAD).