Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Asia Hari Khamis

499

US dollar bergerak mendatar setakat ini selepas melemah secara keseluruhan dalam sesi New York pada hari Rabu berikutan laporan positif tentang rundingan dagangan antara AS-China. Dalam masa yang sama, matawang Yuan pula membuat kenaikan pada Khamis apabila Amerika Syarikat mahu mengadakan dagangan yang baru dengan Beijing.

Seperti biasa, laporan yang menyumbang kepada suasana positif kepada pasaran telah mennyebabkan penurunan kepada matawang safe-haven.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini meningkat 0.08% setakat pada pukul 1.17 tengah hari.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang tidak berubah dengan hanya naik 0.01%, di mana GBP/USD didagang 0.01% lebih rendah. USD/JPY pula meningkat sebanyak 0.15, manakala USD/CAD naik 0.12%. USD/CHF membuat penurunan 0.14%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kenaikan 0.22% dan merosot 0.14% setakat ini.

“Matawang US dollar jatuh selepas laporan terbaru tentang perdagangan, namun sukar untuk menjangka pasaran pulih hanya disebabkan satu rundingan ini. Matawang akan terus terkesan disebabkan oleh berita isu perdagangan AS-China,” demikian kata Yukio Ishizuki ketua strategist matawang di Daiwa Securities.

Selepas membuat kejatuhan dua minggu berturut-turut sebelum ini, AUD dijangka merekodkan kenaikan berbanding US dollar pada minggu ini jika momentum kenaikan berterusan. Ia juga perlu disokong oleh situasi positif dalam pasaran terutamanya dalam isu perdagangan. AUD adalah antara matawang yang paling banyak terkesan oleh sebab ketegangan AS-China, kerana kebergantungan yang tinggi terhadap eksport ke China.

Hari ini tumpuan akan terarah kepada penetapan dasar monetari European Central Bank (ECB) dan Bank of England (BoE).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat