Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

510

Matawang US dolar didagangkan kukuh pada hari Rabu, namun sedikit dibawah paras tertinggi 4 bulan yang dikecapi selepas peningkatan hasil bon kewangan US yang menghampiri paras 3% buat pertama kali sejak awal tahun 2014. Sedikit kejatuhan dalam pasaran ekuiti menyebabkan pengukuhan matawang US terbatas.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama mengukuh sebanyak 0.08% kepada paras 90.63. Bacaan ini jatuh daripada bacaan tertinggi 4 bulan lalu iaitu pada 91.016, namun masih lagi mencatat pengukuhan.

Matawang US dolar terus melakukan pengukuhan walaupun konflik US-China masih lagi belum selesai namun isunya telah semakin pudar. Hal ini menyebabkan pasaran mengalih pandangan kepada perkara-perkara fundamental yang mendukung matawang US dolar.

Walaupun hasil bon kewangan US telah meningkat ke parast 3 peratus buat pertama kali dalam masa 4 tahun, akan tetapi kejatuhan saham di Wall Street terus mengimbangi US dolar.

Menurut Yukio Ishizuki, ” Pada kes kali ini respon pergerakan ekuiti adalah lebih baik kerana mampu diukur dan pemintaan matawang yen juga tidak begitu tinggi walaupun terpadat kejatuhan dalam ekuiti”.

Jurang antara hasil bon kewangan US dengan Eropah dan Jepun semkain membesar telah membawa kepada jangkaan yang berbeza dalam monetari polisi.

Matawang US dolar juga mengukuh berbanding matawang yen sebanyak 0.05% kepada 108.87.

US dolar mengukuh berbanding Euro apabila EUR/USD menyusut sebanyak 0.07% kepada 1.2224 setakat jam 10.05 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat