Sentimen Terkini Pasaran Forex Selepas Penutupan Sesi New York Pagi Tadi

639

US dollar mendominasi pergerakan pasaran tukaran matawang (forex) yang bergerak di sekitar paras tertinggi 13 bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi Asia.

Pengukuhan US dollar sebelum ini disokong oleh ketidaktentuan di Turki yang mengalami krisis kewangan yang mana meningkatkan permintaan matawang safe-haven. Pengukuhan US dollar pada Selasa juga disokong oleh kejatuhan Euro yang mana pasaran bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi oleh bank-bank Eropah berikutan krisis Turki.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini hampir tidak berubah pada pukul 9.48 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini tidak berubah daripada paras penutup Selasa, di mana GBP/USD merekodkan penurunan 0.06%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan sehingga 0.17%, USD/CAD didagangkan susut 0.02%. USD/CHF pula didagang meningkat 0.15%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.06% dan 0.15%.

“Dengan semua ketidaktentuan termasuk Turki dan wilayah yang lain termasuk negara baru membangun, dollar akan mengekalkan posisinya sebagai matawang safe-haven,” demikian kata Bart Wakabayashi, pengurus bank di Tokyo.

“Dollar adalah matawang dengan pulangan tinggi yang juga safe-haven, jadi jelas ia akan menarik lebih banyak pelabur. Jika anda mahu meletakkan wang anda di tempat yang selamat dalam keadaan ketidaktentuan, US dollar adalah pilihan utama,” tambah beliau.

Lira telah mengalami kejatuhan besar pada minggu ini berikutan kebimbangan terhadap kecenderungan Presiden Erdogan menurunkan kadar faedah, termasuk krisis geopolitik Turki-Amerika.

Erdogan pada Selasa berkata akan memboikot semua produk elektronik dari Amerika Syarikat, sebagai tindak balas kepada tariff tambahan terhadap produk keluli/aluminium Turki.

Euro adalah antara matawang yang banyak membuat penurunan berikutan kebimbangan pasaran terhadap risiko yang dihadapi oleh bank-bank di Eropah jika krisis kewangan Turki berlarutan. Hal ini kerana, kebanyakan bank-bank Eropah adalah pemegang kepada sekuriti hutang yang dikeluarkan oleh Turki.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat