Sentimen Terkini Pasaran Forex Sesi Asia

47

US Dollar tenggelam dalam dagangan sesi Asia pada Selasa menjelang pertemuan di antara Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Donald Trump yang masih diletakkan sebagai tumpuan utama pasaran minggu ini. Dalam masa yang sama, pasaran juga sedang menanti laporan semakan kadar faedah dari Australia.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 100.36.

Data keyakinan perniagaan yang dikeluarkan oleh NZIER dari New Zealand semalam menunjukkan penurunan nilai kepada 17 peratus daripada 28 peratus. Ahli pemikir di New Zealand berpendapat bahawa kapasiti penggunaan meningkat kepada 93.6 peratus daripada 92.7 peratus sebelum ini. Dalam sesi ini, NZD/USD didagang melonjak sehingga 0.03 peratus.

Semalam, US Dollar bergerak tidak banyak berubah daripada matawang utama yang lain setelah pelabur menilai data ekonomi yang bercampur-campur.

Greenback mula berundur daripada paras tertinggi dalam sesi sebelum ini apabila laporan perbelanjaan dalam sektor pembinaan bagi bulan Mac jatuh berbanding ramalan pakar ekonomi. Selain itu, aktiviti ekonomi di dalam sektor pembuatan juga dicatat lebih perlahan dari ramalan awal.

Sementara itu, Bank of Japan akan mengumumkan data CPI teras yang dijangka menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.

Di tempat lain, Pound telah kehilangan momentum berbanding US Dollar apabila GBP/USD jatuh ke paras terendah iaitu $1,2466 selepas aktiviti perkilangan UK dicatat lebih lemah pada bulan Mac.

Data Ini Melemahkan US Dolar, US ISM Manufacturing

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat