Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Awal Pagi Ini

580

Matawang safe-haven Yen dan Swiss Franc kekal kukuh berbanding US dollar pada awal dagangan Rabu dengan sentimen berisiko memberi kesan kepada prestasi pasaran Wallstreet pada Selasa.

Ketiga-tiga indeks utama Wallstreet pada Selasa merekodkan kejatuhan. S&P 500, Dow Jones dan Nasdaq masing-masing jatuh 0.55%, 0.50% dan 0.42%.

Walaupun dengan status US dollar sebagai safe-haven, kelemahan dalam pasaran saham Wallstreet telah memberi tekanan kepada greenback khususnya khabar angin yang mengatakan syarikat-syarikat telah mencapai tahap maksimum dan dijangka merosot.

Sebarang isyarat pertumbuhan ekonomi yang merosot akan memberi kesan kepada dasar monetari Federal Reserve.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar setakat pada pukul 9.54 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.05%, di mana GBP/USD didagang susut 0.04%. USD/JPY pula naik 0.07%, dengan USD/CAD didagang 0.01% lebih rendah. USD/CHF pula didagang meningkat 0.08%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.06 dan 0.02% setakat ini.

Antara yang menjadi perhatian pasaran pada Selasa ialah perkembangan bajet Itali. Suruhanjaya Eropah telah menolak draf bajet 2019 kerajaan Itali kerana telah melanggar peraturan Kesatuan Eropah. Ia juga meminta Itali untuk menghantar perancangan bajet yang baru dalam tempoh tiga minggu atau berhadapan dengan tindakan disiplin.

Ketidaktentuan dalam bajet Itali juga telah menimbulkan keraguan sama ada ECB dapat menaikkan kadar faedah pada musim panas tahun depan.

“Matawang Euro akan bergerak tak-menentu dalam tempoh tiga minggu akan datang dengan Itali dilihat berdegil,” demikian kata Rodrigo Catril, strategist matawang di NAB.

“Walaubagaimanapun, dalam tempoh terdekat kami tak rasa isu Itali akan memberi kesan kepada dasar ECB. ECB akan cuba meyakinkan pasaran dalam masa terdekat ini,” tambah Catril.

Matawang GBP pula akan menjadi perhatian semasa Perdana Menteri Theresa May mempengerusikan mesyuarat bersama ahli parlimen Konservatif hari ini. Beliau akan cuba meyakinkan partinya dengan strategi yang telah beliau rancang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat