Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi Eropah

420

US dollar melemah dalam awal sesi dagangan Eropah dengan AUD pula melemah walaupun menjadi matawang terkuat pada Isnin. Antara tumpuan utama pasaran pada sesi Asia hari ini adalah penetapan polisi monetari Australia (RBA) di mana kadar faedah masih dikekalkan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.07% setakat pada pukul 3.22 petang.

Major pair EUR/USD membuat penyusutan sebanyak 0.03% dengan GBP/USD hanya naik 0.02%. USD/JPY hampir tidak berubah setakat ini dengan hanya susut 0.01%, USD/CAD susut 0.08%. USD/CHF pula membuat penurunan sebanyak 0.03%. AUD/USD susut 0.10% dengan NZD/USD naik 0.14%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD, manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/AUD naik sebanyak 0.21% setakat pada pukul 3.25 petang.

Kelemahan matawang AUD pada hari ini bukan hanya disebabkan keputusan RBA, kerana matawang Aussie itu melemah menjelang pengumuman polisi pada pukul 12.30 tengah hari tadi. Sebelum itu, Australia melaporkan data akaun semasa yang lebih buruk daripada yang dijangkakan sekaligus menyebabkan AUD tertekan.

Ketika ini, pelabur-pelabur sedang meneliti perkembangan pertemuan antara pemimpin Amerika dan Korea Utara selepas White House mengesahkan pertemuan itu akan berlangsung pada 12 Jun pukul 9 pagi waktu Singapura. Walaubagaimanapun, sekatan terhadap ekonomi Korea Utara akan diteruskan kecuali negara itu akan menghentikan semua program nuklearnya.

Dalam perkembangan lain, hari ini kerajaan Itali akan berhadapan dengan undi-kepercayaan dari Dewan Senator di Itali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat