Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Malam Ini

423

Matawang US dollar masih lemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi New York. Namun, US dollar dilihat menguat berbanding Yen walaupun matawang Jepun berikutan kelemahan Yen disebabkan ketegangan yang semakin reda di Asia.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.49% setakat pada pukul 9.16 malam dengan matawang Euro kini terpantul semula selepas jatuh ke paras terendah 10 bulan yang lalu.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.82% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.32%. USD/JPY pula naik 0.13%, USD/CAD susut sebanyak 0.25% dengan USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.27%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.40% dan 0.97%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah matawang NZD dan matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY naik sebanyak 1.09% setakat pada pukul 9.19 malam.

Matawang NZD dilihat menguat sejak daripada sesi Asia dengan dibantu oleh komen meyakinkan daripada Gabenor Adrian Orr dan juga sentimen yang semakin baik di Asia selepas White House mengesahkan pertemuan Trump-Jong Un.

Antara sebab kenaikan NZD dan AUD juga adalah kejatuhan hasil-bon Amerika Syarikat yang menyebabkan pelabur melihat pelaburan bon di New Zealand dan Australia lebih menarik.

Kemelut politik Itali sedikit reda dengan matawang Euro ketika ini memulih semula daripada kejatuhan. Namun, pasaran melihat kenaikan itu hanyalah sementara kerana tiada penyelesaian yang konkrit setakat ini dalam politik Itali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat