Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Malam Ini, Euro Menjunam

694

Matawang US dollar menguat berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi New York hari Isnin. Dalam masa yang sama Euro pula tertekan apabila menjunam berbanding matawang global yang lain berikutan ketidaktentuan politik Itali.

EUR/USD setakat ini telah mencatat kejatuhan 120 pip dari paras tertinggi Isnin dengan EUR/JPY jatuh sebanyak 160 pip.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.27% setakat pada pukul 9.37 malam.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.29% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.09%. USD/JPY pula susut 0.08%, USD/CAD naik 0.11% dengan USD/CHF membuat kenaikan sebanyak 0.43%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.07% dan 0.46%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah matawang NZD dan matawang paling lemah adalah Euro dan CHF. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/NZD jatuh sebanyak 0.71% dengan CHF/NZD jatuh sebanyak 0.96% setakat pada pukul 9.42 malam.

Disebabkan ketidaktentuan politik di Itali, indeks-indeks saham Eropah juga turut meleset dengan kejatuhan lebih banyak berlaku dalam pasaran Itali. Kejatuhan ini secara tidak langsung menyebabkan Switzerland yang banyak bergantung dari segi ekonomi kepada Eropah juga turut tertekan dari segi ekonomi. Jelas dilihat matawang CHF juga turut membuat kejatuhan.

Awal hari ini, Presiden Sergio Mattarella bertemu dengan Carlo Cottarelli iaitu bekas pegawai IMF. Khabar angin bertiup kencang bahawa Presiden mungkin akan menjadikan Cottarelli sebagai perdana menteri selepas Guiseppe Conte meletak jawatan apabila Presiden tidak mahu mengiktiraf Paolo Savonna sebagai menteri ekonomi.

Kemudian, Presiden Mattarella telah melantik Cottarelli sebagai perdana menteri sementara dan parti 5-star movement dan League Party mengancam tidak akan mengundi Cottarelli.

Kecelaruan ini menjadikan Presiden Mattarella tiada pilihan kecuali mengadakan semula pilihanraya.

Selain itu, ketidaktentuan politik juga berlaku di Sepanyol yang mengaitkan Perdana Menteri Mariano Rajoy dengan rasuah. Beliau dikatakan perlu berhadapan dengan undi tidak percaya disebabkan dakwaan rasuah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat