Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Petang Ini

566

Matawang US dollar bergerak lebih tinggi berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Rabu, di mana pasaran ketika ini sedang menunggu isyarat terbaru yang akan diberikan oleh The Federal Reserve dalam minit mesyuarat yang akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi Khamis.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.09% setakat pada pukul 2.58 petang.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.13% dengan GBP/USD jatuh sebanyak 0.27%. USD/JPY pula susut 0.51%, USD/CAD pula naik 0.33% dengan USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.19%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan sebanyak 0.51% dan 0.52%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen, manakala matawang paling lemah adalah AUD dan NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY dan AUD/JPY masing-masing merekodkan kejatuhan yang besar sebanyak 1.11% dan 1.09%.

Matawang Yen mendapat permintaan dan menjadi matawang paling kuat pada Rabu apabila pasaran mendapati Presiden Trump telah mengurangkan keyakinan terhadap perkembangan rundingan antara dua ekonomi terbesar dunia. Trump berkata pada Selasa bahawa beliau tidak gembira dengan rundingan terbaru antara AS-China.

Selain itu, satu perkara lagi yang memburukkan sentimen adalah isu Korea Utara di mana Trump berkata terdapat peluang yang besar rundingan beliau dengan Kim Jong Un tidak akan berlaku pada 12 Jun.

Bukan itu sahaja, matawang safe-haven Yen juga menguat berbanding matawang utama yang lain. Dalam masa yang sama, apabila sentimen beransur buruk seperti ini, yang banyak tertekan adalah dua matawang iaitu AUD dan NZD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat