Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

660

US dolar menyusut berbanding matawang utama lain pada hari Isnin, berikutan pemain pasaran memberi perhatian pada minit mesyuarat bank pusat pada minggu ini.

Perhatian diberikan pada bank pusat seperti BoJ yang akan berakhir pada hari Selasa, Federal Reserve pada hari Rabu dan BoE pada hari Khamis.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama, sedikit berubah pada 94.662 selepas menyusut sedikit pada hari Jumaat. Data GDP US pada suku kedua gagal menaikkan dolar AS.

Matawang US menyusut 0.05 peratus berbanding matawang yen pada 110.97. Penyusutan kira-kira 0.2 peratus pada hari Jumaat.

Menurut penganalisis, pelabur lebih berminat pada data GDP suku ketiga kerana pada ketika itu implimentasi tarif terhadap China telah diaktifkan.

Dalam masa yang sama, hasil bon US 2 tahun naik kerana janggkaan kenaikan kadar. Peningkatan ini telah menghadkan kerugian matawang US dolar.

Hasil Perbendaharaan dua tahun meningkat kepada dekad yang tinggi sebanyak 2.69 mata menjelang akhir minggu lalu.

Pasaran kewangan berminat untuk melihat adakah BOJ bercadang mengambil langkah untuk membuat program rangsangan besar-besaran lebih mampan.

Matawang euro naik 0.05 peratus kepada $ 1.1659 (EUR =), meneruskan keuntungan pada hari Jumaat.

Matawang sterling mencatatkan kerugian mingguan ketiga berturut-turut pada minggu lalu, berikutan kebimbangan mengenai kemajuan Brexit. Kebimbangan ini mungkin akan berkurangan bergantung pada keputusan hari Khamis. Pasaran menjangkakan BoE akan menaikkan kadar faedah untuk kali kedua sejak krisis kewangan 2008.

Dolar Australia merosot 0.05 peratus kepada $ 0.7398, mengurangkan beberapa keuntungan selepas meningkat 0.4 peratus pada Jumaat berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat