Sentimen Terkini Pasaran Pada Awal Dagangan Minggu Ini : Yen Matawang Terkuat, Ancaman Terbaru Trump

661

Kebimbangan terhadap risiko perdagangan menjadi tema awal dagangan minggu ini dengan Presiden Trump dijangka akan mengumumkan tindakan terbaru untuk mengawal pelaburan China dalam pengambil-alihan syarikat teknologi di Amerika Syarikat. Seperti biasa, matawang Yen mendapat permintaan tinggi pada sesi Asia sehingga awal sesi Eropah, manakala US dollar ketika ini didagangkan mendatar.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.15% setakat pada pukul 3.10 petang.

Major pair EUR/USD setakat ini susut 0.15% dengan GBP/USD jatuh 0.20%. USD/JPY setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.45%, USD/CAD pula naik 0.27% dengan USD/CHF naik 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.32% dan 0.16%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY (Yen), manakala matawang paling lemah adalah CAD, AUD dan NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY, AUD/JPY dan NZD/JPY masing-masing merekodkan penurunan 0.74%, 0.68% dan 0.63%.

Dengan pengukuhan matawang Yen, kita tahu pasaran ketika ini bimbang terhadap risiko kepada pasaran khususnya isu perdagangan. Wall Street Journal awal hari ini melaporkan bahawa pentadbiran Trump sedang menimbang dua inisiatif untuk menghalang China merealisasikan matlamat “Barangan Buatan China 2025”. Salah satunya adalah menghalang pemilikan 25% oleh China terhadap syarikat berasaskan teknologi di Amerika Syarikat.

Kesan terhadap sentimen berisiko kepada pasaran mungkin tidak seburuk ini jika Trump tidak mengeluarkan ancaman terbaru dalam isu perdagangan. 11 jam yang lalu Trump melalui akaun Tweeter beliau mengancam untuk membalas balik denga tariff yang lebih tinggi jika negara-negara lain terus berdegil untuk mengenakan cukai import terhadap barangan dari Amerika Syarikat.

Selain kesan jelas kepada JPY, matawang komoditi dan matawang berkadar faedah tinggi seperti CAD, AUD dan NZD juga mendapat kesan besar dengan nilai ketiga-tiga matawang itu dilihat merosot pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat