Sentimen Terkini Pasaran Pada Awal London Open

361

Matawang US dollar tidak banyak berubah setakat pada awal sesi Eropah dengan pasaran sedang menunggu keterangan yang akan disampaikan oleh Jerome Powell di Kongres Amerika Syarikat pada malam ini.

Matawang paling banyak bergerak pada hari ini adalah NZD dengan membuat lonjakan sekitar pukul 11 pagi tadi berikutan data Core-CPI yang memberangsangkan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.11% setakat pada pukul 3.00 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.19% di mana GBP/USD meningkat 0.12%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.07%, USD/CAD susut 0.12% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.11%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing meningkat 0.16% dan 0.71% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan matawang paling lemah adalah JPY dan seterusnya USD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.79% dan 0.71%.

Matawang NZD adalah matawang yang terkuat pada sesi Asia dan awal sesi Eropah pada hari Selasa. Lonjakan oleh matawang NZD berlaku sekitar pukul 11 pagi waktu Malaysia selepas data Core-CPI merekodkan bacaan lebih daripada jangkaan.

Data inflasi CPI New Zealand yang dikeluarkan pada pukul 6 pagi tadi hanya merekodkan kenaikan 0.40% kurang daripada jangkaan kenaikan 0.50%. Walaubagaimanapun, pasaran lebih fokus kepada data yang dikeluarkan sekitar pukul 11 pagi tadi di mana data Core-CPI  secara tahunan meningkat sebanyak 1.7% berbanding bacaan 1.6% sebelum ini.

NZD seterusnya melonjak berbanding beberapa beberapa matawang yang lain selepas data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat