Sentimen Terkini Pasaran : Perhatian Kepada NAFTA & Kanada !

540

Dollar Kanada dan Peso Mexico melonjak pada Isnin berikutan harapan terhadap kemajuan dalam rundingan North American Free Trade Agreement (NAFTA). Walaubagaimanapun, pasaran saham Asia didagangkan perlahan yang menunjukkan kelemahan berterusan di China.

Dalam perkembangan NAFTA, perunding dari Kanada dan AS membuat banyak kemajuan dalam rundingan pada Ahad untuk memperbaharui perjanjian itu. Namun, mereka masih lagi belum dapat menyelesaikan isu besar seperti tariff Amerika Syarikat dan juga akses kepada industri tenusu Kanada.

Presiden Trump telah mengatakan bahawa Kanada perlu menandatangani kemasikini kepada NAFTA sebelum pukul 12 tengah hari waktu Malaysia ataupun dikecualikan daripada perjanjian tersebut.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar dengan hanya meningkat 0.07% setakat pada pukul 9.56 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.03%, di mana GBP/USD didagang naik 0.02%. USD/JPY pula naik 0.18%, dengan USD/CAD didagang 0.60% lebih rendah. USD/CHF pula didagang susut 0.04%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.02% dan  0.03% setakat ini.

“Ketegangan yang semakin meningkat antara AS-China baru-baru ini telah mengurangkan keyakinan dalam perniagaan,” demikian kata penganalisis ekonomi di Bank of America.

Hal ini berikutan kejatuhan indeks PMI Caixin ke paras 50.0 yang terendah sejak bulan Mei tahun lepas, yang menggambarkan ketegangan perdagangan telah memberi kesan kepada ekonomi.

Dalam perkembangan terbaru, Perdana Menteri Trudeau telah memanggil mesyuarat kabinet pada pukul 10 pagi nanti waktu Malaysia, hanya dua jam sebelum tempoh akhir yang diberikan oleh Presiden Trump.

“Trump sendiri tidak mahu merosakkan perjanjian ini, jadi masih ada ruang untuk berkompromi dengan Amerika,” demikian kata Masafumi Yamamoto, ketua strategist matawang di Mizuho Securities.

“Jika tiada perjanjian dengan Kanada pada akhir September, saya tidak rasa ia adalah pengakhiran kepada Kanada.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat