Sentimen Terkini Pasaran Semakin Baik Pada Awal Sesi Eropah

781

US dollar membuat sedikit kenaikan pada awal sesi Eropah selepas mengaut keuntungan pada sesi dagangan Khamis. Ini jelas dilihat dalam indeks US dollar apabila sentimen menjadi semakin baik sehingga menyokong kenaikan pasaran saham Wallstreet.

Pembukaan pasaran Eropah sebentar tadi juga menunjukkan kenaikan indeks-indeks utama saham Eropah. Dax di Jerman setakat pada pukul 3.08 petang naik 0.26% dengan CAC40 (Perancis) naik 0.05%.

Matawang paling kuat ketika ini di kalangan major currency adalah AUD dan GBP, manakala matawang paling lemah adalah Yen dan Swissy.

AUD/JPY membuat kenaikan sehingga 0.71% dengan AUD/CHF naik 0.60%. GBP/JPY pula naik 0.51% dengan GBP/CHF naik 0.38%.

Bagi pasangan kedua-dua matawang terkuat GBP dan AUD – pair GBP/AUD merekodkan kejatuhan 0.23% setakat pada masa artikel ini ditulis. Jelas di sini, matawang terkuat pada sesi awal Eropah adalah Dollar Australia (AUD).

Pilihan yang mudah untuk melihat sentimen pasaran adalah dengan memerhatikan indeks-indeks saham utama global. Pasaran saham membuat kenaikan pada Khamis berikutan jangkaan laporan pendapatan syarikat yang kukuh. Tidak lupa juga risiko geopolitik yang semakin reda selepas nada komen Trump yang lebih lembut pada Khamis. Beliau mengatakan serangan ketenteraan terhadap Syria mungkin tidak akan berlaku.

Trump juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menyertai semula Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Pair EUR/USD setakat ini hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.01% setakat pada pukul 3.20 petang. GBP/USD pula naik 0.22% dengan USD/JPY naik 0.33%.

Antara faktor pengukuhan AUD adalah perubahan sentimen yang menjadi lebih baik sejak Khamis. Hal ini ditambah lagi dengan Laporan Kestabilan Kewangan Australia yang mengatakan sistem perbankan kekal kukuh secara keseluruhan. Paling penting adalah laporan imbangan dagangan China yang menunjukkan negara itu mengimport lebih banyak komoditi seperti Kuprum (copper), bijih besi (iron ore) iaitu eksport utama Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat