Sentimen Terkini Pasaran Yang Menjadi Penggerak Matawang Setakat Ini

730

Secara keseluruhan, pasaran bergerak mendatar (sideway) pada sesi dagangan Asia dengan matawang paling kuat setakat ini adalah Swissy.  US dollar juga bergerak perlahan dengan tiada pemangkin pasaran yang mampu menggerakkan pasaran matawang dengan signifikan setakat ini.

Antara yang mewarnai pasaran pada sesi dagangan sebelum ini (Isnin) adalah isu perdagangan AS-China, dan juga ketidaktentuan Brexit. Komen oleh Liam Fox Menteri Perdagangan UK telah menyebabkan GBP menjunam pada Isnin apabila beliau mengatakan potensi ‘tiada perjanjian’ dalam Brexit lebih besar.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.03% setakat pada pukul 11.28 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.01% di mana GBP/USD susut 0.03%. USD/JPY setakat ini pula jatuh 0.08%, USD/CAD jatuh 0.06% dengan USD/CHF didagang menurun 0.09%. Pair AUD/USD membuat membuat kenaikan 0.04% dengan NZD/USD jatuh 0.12%.

Walaupun dengan risiko perang dagang antara AS-China, US dollar tetap menguat pada Isnin apabila penganalisis pasaran melihat siri berbalas tariff antara mereka akan memenangkan Amerika Syarikat. Untuk rekod jumlah eksport oleh China ke Amerika lebih besar berbanding sebaliknya AS ke China.

Pada minggu lepas Trump mengesahkan untuk mengenakan tariff $200 billion kepada China di mana negara republik komunis itu tidak berdiam diri dengan menyatakan tindak balas $60 billion tariff pula terhadap Amerika pada hujung minggu lalu. Tindakan terbaru China ini adalah punca utama kepada sentimen Risk-Off yang berlaku dalam pasaran pada Isnin.

Siri retorik dalam ketegangan perang dagang ini telah benyak menyebabkan kejatuhan nilai Yuan, sehingga bank pusat China (PBOC) terpaksa mengambil tindakan menaikkan nisbah keperluan rizab (reserve requirement) sebanyak 20% matawang Yuan yang perlu disimpan di bank pusat oleh bank konvensional bermula pada semalam (Isnin). Ini adalah bertujuan mengurangkan kejatuhan nilai matawang China itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat