Sentimen Terkini Pembukaan Pasaran Eropah, Risiko Pelaburan Meningkat

71

Serangan Amerika Syarikat mencetuskan sentimen ‘risk-off‘ yang membawa kepada ‘safe haven flow‘ (aliran dana kepada instrumen safe-haven) seperti matawang Yen dan emas. Serangan tersebut sebagai tindak balas Amerika Syarikat kepada kerajaan Syria yang menggunakan senjata kimia terlarang telah menyebabkan kenaikan matawang Yen dan komoditi emas.

Dengan jumlah dagangan yang sedikit pada Jumaat telah menyebabkan Usd/Jpy jatuh ke paras terendah 110.00 pagi tadi dengan pasangan matawang ini memulih semula dalam masa singkat dan ketika ini sedang didagang di sekitar 110.55 .

Walaupun serangan pagi tadi telah menarik perhatian dunia, namun pasaran tetap akan berfokus kepada data pekerjaan Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pukul 8.30 malam ini.

Selain data NFP, satu lagi data pekerjaan akan dikeluarkan, oleh Kanada dalam masa sama. Data ini pula akan melihat kepada keadaan semasa pekerjaan sepenuh masa dan separuh masa.

Pertemuan Presiden Trump dan Xi Jinping juga akan terus diperhatikan menjelang laporan data NFP malam ini. Antara matawang yang akan terkesan dari pertemuan AS-China ini adalah Dolar Australia berikutan Australia adalah pengeksport komoditi terbesar ke China.

Gabenor Carney juga akan bercakap hari ini di mana pasaran akan cuba mendapatkan isyarat terbaru dari Bank of England, dengan data-data terkini UK menunjukkan potensi kenaikan kadar oleh BoE.

Di Eropah pula, seperti biasa ahli-ahli ECB termasuk Presiden Draghi masih berusaha agar pasaran tidak membuat jangkaan kepada perubahan polisi dengan data terkini Zon Eropah yang positif.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat