Sentimen Terkini Sesi Eropah : AUD Matawang Terkuat, Yen Paling Lemah

497

US dollar lemah pada awal dagangan sesi Eropah dengan matawang Euro mencapai paras tertinggi dua minggu yang lalu. Matawang Euro menguat selepas komen oleh ahli European Central Bank (ECB) dengan matawang CAD cuba membuat kenaikan walaupun masih berhadapan tekanan perang perdagangan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.23% setakat pada pukul 3.58 petang.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.41% dengan GBP/USD naik 0.23%. USD/JPY  setakat ini membuat peningkatan 0.28%, USD/CAD pula susut sebanyak 0.15%. USD/CHF hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing naik 0.34% dan 0.16%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD, manakala matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY naik sebanyak 0.63% setakat pada pukul 4.02 petang.

Matawang AUD setakat ini merekodkan kenaikan berbanding Yen, GBP, CHF, CAD, NZD dan US dollar.

Bukan itu sahaja, pengukuhan juga dilihat kepada matawang-matawang komoditi yang lain seperti NZD dan CAD. New Zealand pagi tadi merekodkan peningkatan harga komoditi sebanyak 1.5% berbanding 1.0% pada April. Australia pula merekodkan peningkatan pertumbuhan ekonomi GDP 1.0% pada suku pertama berbanding jangkaan 0.9%.

CAD mendapat sokongan daripada ura-ura pengecualian tariff keluli di mana laporan mengatakan setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat Steve Mnuchin menggesa Trump supaya mengecualikan Kanada. Antara lain sebab pengukuhan CAD juga adalah peningkatan harga minyak mentah sejak sesi New York pada Selasa.

Matawang Euro pula mendapat sedikit kenaikan selepas Peter Praet ketua penganalisis ekonomi berkata kekuatan ekonomi di Zon Eropah kekal dan jangkaan inflasi semakin konsisten dengan sasaran bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat