Senyap-senyap China Ambil ‘Saham Emas’ Alibaba

417

Campur tangan kerajaan China dalam syarikat gergasi teknologi tempatan diperluaskan selepas ia dilaporkan memperoleh ‘saham emas’ dari Alibaba Group Holding Ltd.

Menurut rekod pendaftaran perniagaan awam Qichacha, cabang Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) iaitu Zhejiang Media Group telah mengambil 1% kepentingan dalam unit Filem dan Televisyen Youku Alibaba pada September 2022.

Selain itu, ia juga telah melantik Jin Jun, pengurus besar salah satu anak syarikatnya ke lembaga pengarah unit Alibaba.

Saham emas, biasanya bersamaan dengan kira-kira 1% kepentingan firma, dibeli oleh dana atau syarikat yang disokong kerajaan yang mendapat perwakilan lembaga atau hak veto untuk keputusan perniagaan utama.

Dalam pada itu, rekod berasingan menunjukkan WangTouSuiCeng, sebuah entiti di bawah Dana Pelaburan Internet China (CIIF) yang ditubuhkan CAC, meraih 1% kepentingan dalam unit Alibaba Guangzhou Lujio yang berfokuskan penyelidikan dan eksperimen.

Matlamat pelaburan itu dikatakan bertujuan untuk memperketatkan kawalan kerajaan ke atas kandungan di unit video penstriman gergasi e-dagang Youku dan UCWeb.

Tambahan daripada itu, kerajaan juga sedang dalam perbincangan untuk mengambil saham emas dalam gergasi permainan Tencent Holdings yang akan melibatkan pegangan salah satu anak syarikat utama kumpulan itu.

Ekoran daripada laporan ini, saham Tencet dan Alibaba mengalami kemerosotan di mana masing-masing kehilangan lebih 2% dan 1.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat