Serba Dinamik Belum Mengalah, Failkan Notis Rayuan Baharu

233

‘Kalau rayuan penangguhan tak jalan, rayu untuk batalkan terus.’

Serba Dinamik telah memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi membatalkan perintah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Wan Muhammad Amin Wan Yahya.

Menurut sumber, Mahkamah Rayuan telah menerima notis rayuan oleh Serba Dinamik tersebut.

Umum mengetahui bahawa Serba Dinamik telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk mendedahkan kemas kini fakta (FFU) mengenai semakan bebas khas (SIR) yang dijalankan oleh Ernst & Young Consulting (EY Consulting).

Menyusuri kisah, pada 7 Febuari 2022 lalu Wan Muhammad Amin Wan Yahya telah mengarahkan Serba Dinamik untuk mendedahkan FFU yang diminta oleh Bursa Malaysia.

Seterusnya, 10 Febuari 2022, Hakim Datuk Ahmand Fairuz Zainol Abidin dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk menolak permohonan Serba Dinamik bagi injunksi untuk melarang bursa daripada memaksanya membuat pengumuman awam FFU.

Kemudiannya, pada 15 Febuari 2022 pihak Intraday.my telah mengeluarkan berita mengenai penolakan rayuan Serba Dinamik terhadap perintah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat