Serba Dinamik Dilanda ‘Badai’

7,364

Dagangan saham Serba Dinamik dibuka rendah susulan laporan yang mengatakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Mohd Abdul Karim telah melupuskan keseluruhan pegangannya sebanyak 55.9 juta waran minggu ini, kerana harga waran tersebut berada di tahap yang rendah.

Ketika penulisan, saham Serba Dinamik susut sekitar 5.4% atau 2 sen kepada 35 sen, dengan permodalan pasaran yang diperdagangkan sebanyak RM1.29 bilion.

Datuk Mohd Abdul Karim dilaporkan telah menjual sebanyak 21.58 juta waran pada 18 Oktober, 34.2 juta waran lagi pada 20 Oktober dan 123,600 waran lagi pada 21 Oktober. Bersama dengan itu, waran yang dikeluarkan mewakili sekitar 6.34% daripada jumlah waran kumpulan.

Waran Serba Dinamik diperdagangkan antara 7.5 sen dan 8 sen pada 18,20,21 Oktober. Pada hari Jumaat, waran dibuka pada 7 sen.

Harga waran jatuh mendadak pada akhir Mei susulan masalah perakaunan yang dibentangkan oleh juruaudit luaran kumpulan itu, KPMG, berhubung isu transaksi bernilai lebih RM3.5 bilion.

KPMG kemudiannya berundur sebagai juruaudit luarnya pada 24 Jun, berikutan tuntutan oleh Serba Dinamik. Sejak itu, saham Serba Dinamik terus tidak menentu dan diperdagangkan lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat