Setelah Rekod Paras Terendah 6 Minggu, Apakah AUD/USD Sedang Kembali Mendaki?

251

Memerhati kepada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga terus mencatat paras terendah yang terbaharu dalam tempoh masa 6 minggu sekitar 0.72800 yang dicapai pada penutup minggu lalu.

Namun, sebaik sahaja menyentuh paras terendah tersebut di sesi Asia lalu (Jumaat), pergerakan harga dilihat meningkat 90 pips sehingga ke sesi dagangan Isnin sebelum kembali jatuh pada hari ini (Selasa).

Trend harga juga dilihat masih mengekalkan corak downtrend walaupun harga terus bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) dan sering menjadi petunjuk awal untuk perubahan trend.

Tampaknya kenyataan berbaur dovish yang dilontarkan oleh bank pusat Australia (RBA) ketika minit mesyuarat polisi pada awal sesi Asia pagi tadi terus menyebabkan implikasi buruk kepada dolar Aussie.

Matawang USD pula terus utuh memapar pengukuhan setelah diterajui oleh kenaikan kadar inflasi menuju ke terbitan data penjualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York kelak.

Sekiranya pergerakan harga terus mempersembah penurunan, kebarangkalian zon sokongan 0.73000 dijangka akan diuji dan kemudiannya bakal dinilai oleh pelabur bagi menjangka jangkaan berikutnya.

Keupayaan harga menembusi zon sokongan tersebut akan menyaksikan isyarat untuk harga pada carta AUD/USD menguji semula paras terendah 6 minggu pada 0.72800 sebelum terus menyusut.

Namun jikalau harga terus berupaya menayangkan kenaikan lebih ketara, zon rintangan 2 minggu yang menjadi sebagai zon SBR (support become resistance) 0.74000 berkemungkinan akan dicapai.

Manakala bayangan yang kukuh untuk pergerakan harga kekal melonjak adalah andai kata harga kembali menggapai zon rintangan 0.75000 dan sama sekali akan memberi isyarat jelas untuk bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat