Setuju, Atau Pasaran Ini Akan Menanggung Akibat Yang Lebih Buruk Tahun Depan!

41

Harga minyak meningkat kepada paras tertinggi sejak Oktober pada hari Selasa kerana pasaran sedang mencerna potensi pembekuan bekalan yang bakal dicapai dalam mesyuarat OPEC lebih kurang 8 hari lagi.

Brent mentah antarabangsa melonjak setinggi $49.43 pada hari Selasa, kepada puncak tertinggi sejak 31 Oktober, manakala WTI mentah meningkat sehingga 44 sen kepada $48.68 setong.

OPEC akan sedaya upaya menggesa supaya semua ahlinya turut serta dalam proses mencapai persetujaun untuk menstabilkan semula pasaran minyak menath dalam mesyuarat yang bakal diadakan di Vienna nanti. Pada 30 November nanti, 14 ahli OPEC akan berkumpul bagi membincangkan isu lebihan bekalan yang sudah membelenggu pasaran ini sejak 2 tahun lepas.

Bank ANZ mengeluarkan pendapat bahawa harga minyak meningkat dalam sesi ini disebabkan pelabur komoditi hitam ini semakin optimis terhadap keputusan yang bakal dalam mesyuarat OPEC nanti.

Sementara itu, Goldman Sachs berkata dalam satu laporan bahawa keyakinan para pelabur terhadap pembekuan bekalan ini dilihat semakin meningkat daripada sebelum ini.

Namun, jika persetujuan itu gagal dicapai, Goldman menjangkakan lebihan bekalan minyak sebanyak 0.7 juta tong sehari bagi suku pertama tahun 2017.

Adakah Amaran Tsunami Di Jepun Memberi Impak Buat Matawang Yen? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat